PACOS Trust adalah sebuah organisasi berasaskan komuniti yang berdedikasi untuk membantu komuniti Orang Asal di Sabah. Walaupun didaftarkan di bawah Bab 148 Ordinan Pemegang Amanah (Sabah, Malaysia) pada tahun 1997, PACOS Trust telah terlibat secara aktif dengan pembangunan komuniti Orang Asal sejak tahun 1987 sebagai sebuah entiti yang lain. PACOS adalah singkatan kepada “Partners of Community Organisations in Sabah” atau Rakan Pertubuhan Masyarakat di Sabah..