Apa Yang Kami Lakukan?

PROGRAM & AKTIVITI

Latihan Membangun Masyarakat

Program ini menjalankan latihan berbentuk teori dan praktikal selama 24 bulan untuk melatih pembangun masyarakat. Latihan ini adalah untuk ahli Pertubuhan Rakyat (PR) yang terpilih. Matlamat latihan ini adalah untuk membina dan meningkatkan keupayaan para wakil organisasi untuk menangani pelbagai isu yang mereka hadapi secara menyeluruh.

Pembangunan Sosio-Ekonomi

Program ini membantu komuniti untuk meningkatkan sumber pendapatan. Bergantung kepada jenis isu yang dihadapi oleh Pertubuhan Rakyat (PR), latihan dan sokongan disediakan mengikut keperluan komuniti agar mereka dapat mengambil inisiatif untuk mengusahakan projek-projek ekonomi demi kesinambungan kewujudan ekonomi sekaligus lebih berdikari.

Pendidikan Komuniti

Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) bukan sahaja tertumpu kepada pendidikan formal kanak-kanak 4-6 tahun, ia juga berfungsi sebagai pusat perjumpaan, pusat sumber, pusat informasi, pusat aktiviti dan lain-lain kegiatan komuniti yang berkaitan. Pusat ini digunakan komuniti untuk berkongsi pengetahuan tradisi untuk kanak-kanak tadika, sekolah rendah, belia, orang dewasa dan orang tua. Kebanyakan sumber tenaga pengajar adalah orang-orang tua yang berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran tradisi seperti pendidikan adat, bahasa ibunda komuniti, kraf, ubat-ubatan tradisi, pertukangan dan lain-lain.

Pengurusan Sumber Asli

Program ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan komuniti untuk mengurus sumber mereka secara mapan dengan pengamalan sistem tradisional sedia ada seperti sistem ‘Tagal’. Sebagai langkah untuk membantu sistem pengurusan tradisional ini, peta sumber komuniti disediakan oleh para komuniti sendiri dengan bantuan PACOS Trust. Pembinaan sistem bekalan paip graviti dan penjanaan tenaga elektrik mikro-hidro menyumbangkan kepada usaha pemuliharaan kawasan tadahan air selain meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Hak Tanah

Program ini membantu komuniti memperjuangkan hak ke atas tanah adat (NCR) melalui latihan, dokumentasi sejarah penempatan penduduk Orang Asal secara sistematik dan melalui pendedahan yang sesuai. PACOS Trust bertindak sebagai penasihat kepada komuniti yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan kesedaran dan keupayaan komuniti menuntut semula tanah adat mereka.

Customs & Culture

Program ini bertujuan menghidupkan kembali kepercayaan, adat dan budaya komuniti Orang Asal yang positif agar dapat memperkasakan identiti, meningkatkan maruah dan memberi sumbangan kepada pembangunan komuniti yang lebih seimbang.

Aktiviti Lain

PACOS Trust juga terlibat dalam aktiviti yang meningkatkan kesedaran umum dalam pelbagai isu khususnya yang berkaitan dengan pengiktirafan hak Orang Asal, lanunan hayat, jantina (gender), kesihatan, alam sekitar, pembangunan mapan dan pembangunan luar bandar.

MAL
Scroll to Top