HARI WANITA LUAR BANDAR SEDUNIA

Webinar mengenai wanita dan kepimpinan ini telah dibuat berdasarkan keperluan untuk mengetengahkan isu wanita terutama wanita Orang Asal Sabah dan selaras dengan Hari Wanita Luar Bandar Sedunia iaitu pada 15 Oktober 2020 dengan bertemakan Kreativiti wanita dalam kehidupan di luar Bandar. Anjuran ini juga telah dibiayai oleh Forum Antarabangsa Wanita Orang Asal (FIMI).

Pada mulanya, webinar ini hanya dijalankan secara berdaftar dan melalui zoom. Oleh kerana menerima respon yang baik, “team” pelaksana webinar ini telah memutuskan untuk menyiarkannya secara “live” di page FB PACOS Trust.

Antara objektif adalah:-

  1. Mengongsikan pembelajaran dan pengalaman kepimpinan wanita orang asal dari pelbagai latar belakang
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai sumbangan wanita orang asal dalam pembangunan mapan, keselamatan makanan, pemegang pengetahuan, pendidikan, kesihatan, penjagaan tanah dan sesuatu perkumpulan

Seramai lapan orang panelis yang telah memberikan perkongsian mengenai pengalaman dan penglibatan mereka sebagai wanita dalam kepimpinan tidak kira dalam peringkat komuniti hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Antara ahli panel yang terlibat ialah:-

  1. Pn. Noridah Samad berkongsi mengenai Perjuangan Belia Dan Alam Sekitar
  2. Pn. Diana Sipail berkongsi mengenai Perjuangan Wanita Dalam Menentang Pembangunan Yang Tidak Mapan
  3. Cik Maslah Rompado berkongsi mengenai Perjuangan Wanita Dalam Mendapatkan Tuntutan Tanah/Wilayah Tanah Adat
  4. Pn. Kamsi Ahmad berkongsi mengenai Pengalaman Dalam Sektor Ekonomi
  5. Pn. Josphen Joannes berkongsi mengenai Pengalaman Sektor Pendidikan
  6. Pn. Rufina Isbol berkongsi mengenai Pengalaman Dalam Keganasan Terhadap Wanita
  7. Prof. Dr. Helen Lasimbang berkongsi mengenai Kesihatan Wanita
  8. YB Jannie Lasimbang berkongsi mengenai Kepimpinan Wanita Dalam Politik

Salah satu sebab yang mendorong kesemua panelis menjadi pemimpin adalah disebabkan mereka menghadapi isu di tempat sendiri seperti isu pembukaan kolam udang besar-besaran, pembinaan empangan, penuntutan wilayah tanah adat, ekonomi, pendidikan, kesihatan, keganasan terhadap wanita serta memperjuangkan penglibatan wanita dalam politik. Antara cabaran yang dihadapi dan diketengahkan semasa webinar ini sebagai pemimpin wanita adalah kurangnya sokongan dan solidarity daripada komuniti atau pemimpin kampung, kekurangan sumber kewangan untuk menjalankan sesuatu aktiviti, pengetahuan kurang dari segi hak-hak yang berkaitan atau umum, pergerakan terhad kerana komitmen kepada keluarga, kekurangan akses dari segi rujukan kepada pakar mengenai sesuatu perkara yang berkaitan, keadaan geografi yang menyukarkan perjalanan dan banyak lagi.

Para panelis juga telah memberikan cadangan agar wanita orang asal diberikan latihan, bimbingan dan pendedahan agar wanita lebih berani dalam melibatkan diri serta menyuarakan pendapat sama ada dalam peringkat komuniti, negeri ataupun antarabangsa. Ini kerana Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang telah disahkan oleh Kerajaan Malaysia pada Tahun 1995 dimana di dalam artikel 3 telah menyeru Negara untuk mengambil dalam semua bidang, khususnya dalam bidang politik, sosioal, ekonomi, dan kebudayaan, semua langkah-langkah yang sesuai, termasuk perundangan bagi mereka melaksanakan dan menikmati hak-hak asasi manusia dan kebebasan asasi atas dasar kesamarataan dengan lelaki.

HARI BELIA ORANG ASAL SABAH 2020

Pada 16 Ogos 2020, Sambutan Hari Orang Asal Sabah ke-3 dan Hari Malaysia telah diadakan secara alam maya menerusi Facebook Live Majlis Belia Orang Asal Sabah. Sambutan ini telah bermula pada 15 Ogos 2020 dengan aktiviti bertemakan “Penegasan Hala Tuju Belia Orang Asal” Asserting Indigenous Youths’ Direction.

Objektif kali ini adalah:-

  1. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan belia Orang Asal Sabah mengenai demokrasi.
    1. Mengongsikan bagaimana Covid-19 telah memberi kesan kepada Belia Orang Asal
    2. Memperkenalkan argroekologi dalam pembangunan ekonomi belia orang asal sabah

Sebanyak 6 pusat yang terlibat dalm program ini antaranya adalah PACOS Trust (MBOA Penampang), Kg. Kiau Nuluh, Kota Belud (MBOA Tuaran & Kota Belud), Kg. Sg Eloi, Pitas (MBOA Kudat), Tungku Lahad Datu (MBOA Silam), Queen Hotel, Keningau (MBOA Keningau & Pensiangan), Kementerian Belia & Sukan, Telupid (MBOA Kinabatangan & Beluran), dan Kg. Kalabakan (MBOA Kalabakan) yang mengikut sesi melalui zoom adalah sebanyak 135 orang. 

Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi webinar mengenai Kesedaran Pendidikan Demokasi dalam kalangan Belia Orang Asal, Perkongsian melalui rakaman video oleh belia OA mengenai kesan covid-19, Perkongsian mengenai peranan belia orang asal dalam agroekologi oleh En. Khairuddin bin Kiam, Pertandingan Videografi dan Fotografi serta persembahan kebudayaan.

SAMBUTAN PERAYAAN HARI ORANG ASAL SEDUNIA (PHOAS)

9 Ogos pada setiap tahun adalah tarikh keramat untuk menyambut Perayaan Hari Orang Asal Sedunia. PHOAS adalah sambutan untuk meningkatkan kesedaran dan melindungi hak masyarakat orang asal di seluruh dunia. Selain daripada itu, tujuan PHOAS juga adalah untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan Orang Asal/Asli khususnya di dalam usaha membaiki isu dunia khususnya berkaitan perlindungan alam sekitar.

Isu Pandemik COVID-19 dan PHOAS 2020
Sambutan PHOAS 2020 sudah pastinya berbeza daripada tahun sebelumnya dan memberikan cabaran kepada seluruh dunia. Pandemik COVID-19 memberi cabaran kepada masyarakat Orang Asal untuk berhimpun secara maya atau dalam talian yang dianjurkan oleh Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Center of Orang Asli Concern (COAC) dan PACOS Trust. Menjadi cabaran kerana selain mengikuti SOP (Standard Operation Procedure) yang ketat oleh kerajaan untuk mengelakkan jangkitan COVID-19, mereka juga terpaksa bertungkus-lumus untuk membuat persiapan program seperti sesi Webinar menerusi ruangan zoom, Pertandingan Videografi dan Fotografi serta dan persembahan kebudayaan. Uniknya tahun 2020 ini semuanya dianjurkan secaya maya termasuk upacara pembukaan program iaitu Ritual Pembuka acara oleh ‘Bobohizan’.

Impak pandemik COVID-19 telah mencabar Masyarakat Adat untuk menggunakan teknologi moden dengan sehabis mungkin. Ini telah dibuktikan dengan penganjuran yang telah tersusun rapi dan berjaya oleh pihak penganjur. Ini juga membuktikan bahawa Orang Asal tidak ketinggalan dalam globalisasi. Bersidang secara dalam talian yang meliputi 10 pusat utama Sabah, Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Anggaran peserta adalah sebanyak 323 orang sepanjang sambutan PHOAS 2020 adalah satu pencapaian yang baik kerana setiap program yang dianjurkan meskipun atas talian (Online) mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Antara intipati PHOAS kali ini adalah Webinar bertajuk “Perkahwinan bawah umur 18 tahun dalam kalangan Orang Asal”. Menurut kajian UNICEF 2019, secara global sebanyak 21 % wanita muda berkahwin sebelum mereka mencapai umur 18 tahun. Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 di bawah Artikel 1 mendefinisikan kanak-kanak sebagai seseorang yang berumur dibawah 18 tahun. Di Malaysia, Akta Kanak-Kanak 2001 juga mendefinisikan kanak-kanak sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun. Perkahwinan Kanak-Kanak menurut UNICEF (2006) adalah perkahwinan atau penyatuan tidak formal di antara kanak-kanak dengan orang dewasa atau kanak-kanak yang lain.

Sepanjang webinar berlangsung, faktor utama perkahwinan awal kanak-kanak adalah kekurangan akses kepada pendidikan maklumat berkaitan seksual dan kesihatan reproduktif. Atas sebab tersebut mendatangkan banyak implikasi kepada kepada kanak-kanak. Sudah tentu perkahwinan awal akan mengganggu perkembangan kanak-kanak kerana fasa usia di bawah 18 tahun adalah untuk meneroka dunia khususnya dalam mengenal kehidupan. Fasa pembelajaran ini sudah tentu terganggu kerana pada usia yang muda sudah memegang tanggungjawab yang besar dalam keluarga.

Kanak-kanak Orang Asal adalah aset masa depan komuniti dan pemimpin hari esok, melalui mereka kita meletakkan harapan, aspirasi, impian dan janji komuniti orang asal yang lebih baik. Mereka seharusnya menikmati kehidupan dan menikmati pengalaman kanak-kanak yang memandu mereka untuk bersedia menghadapi kehidupan sebagai orang dewasa. Sebagai seorang dewasa, wajarkah kita menafikan peluang kanak-kanak untuk menikmati zaman kegemilangan mereka? Perkahwinan Kanak-Kanak adalah episod sedih dalam kehidupan masyarakat yang membunuh masa depan mereka.

Oleh itu hentikahlah!

Misi Penghantaran Sumbangan Kepada Komuniti (Distribution of Donations to Communities)

Setelah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) berkuatkuasa pada bulan Mac lalu akibat daripada wabak COVID-19, Komuniti di Sabah terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman mengalami kesukaran untuk keluar membeli keperluan asas mereka, meliputi kawasan zon utara, zon timur, zon pantai barat selatan, zon pedalaman dan zon kinabalu.

Oleh itu PACOS dengan kerjasama NGO-NGO serta penderma-penderma yang prihatin telah membuat serta mengatur sumbangan-sumbangan berupa beras, telur, biskut dan barangan-barangan dapur untuk diagihkan kepada komuniti-komuniti di kawasan jaringan kerjasama. Sumbangan ini diadakan bagi tujuan untuk membantu golongan sasaran memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang telah berlanjutan memasuki fasa keempat, bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas dalam tempoh PKP ini.

Dengan ini, kami ingin kongsikan beberapa gambar penerima sumbangan dan aktiviti sukarelawan penghantaran sumbangan kepada komuniti-komuniti di Sabah sepanjang tempoh PKP. Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan kita, NGO-NGO dan Penderma prihatin dengan sumbangan tenaga dan keperluan asas kepada komuniti yang memerlukan.


The enforcement of the Movement Control Order (MCO) last March as a result of the spread of COVID-19 has caused communities in Sabah, especially those living in the interior areas, great deal of difficulty. Because of the MCO, they were not able to get basic necessities in nearest towns.

Because of this, PACOS Trust along with participating NGOs and concerned donours have come together and collected donations for the communities in the form of rice, eggs, biscuits and other basic kitchen necessities. The donations were then distributed to communities within our community network throughout all the zones in Sabah – Western Zone, Eastern Zone, West Coast Zone, Interior Zone and Kinabalu Zone. These donations were especially distributed to specific target groups within these zones who have been severely affected during the MCO period that has since been extended to the fourth phase (6 weeks in).

Below are pictures of our volunteers who worked tirelessly to make sure that the donations are collected, packed and distributed to the communities and of the donation recipients themselves. Our deepest gratitude to all the volunteers, NGOs dan kind donours for contributing your time, energy and resources to communities in need.

#stayathome #staysafe

Misi Menghantar Sumbangan – Majlis Belia Orang Asal Tungku

WhatsApp Image 2020-05-05 at 15.24.48 (8)Majlis Belia Orang Asal Tungku menyampaikan sumbangan kepada Warga Emas, OKU, Ibu Tunggal, Bapa Tungal dan yang berada di area Tungku. Sebanyak 199 sumbangan berupa Beras, Telur, Biskut dan Barangan Dapur lain telah diagihkan dengan jayanya.

Sumbangan ini diaturkan oleh pihak PACOS TRUST dan NGO yang terlibat dan belia tungku yang menjalankan dan mennyampaikan kepada orang kampung bersempena dengan PKP.

Sumbangan ini di wujudkan bagi tujuan untuk membantu golongan sasaran memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang telah berlanjutan memasuki fasa keempat. Kami Majlis Belia Orang Asal Sabah diberi kepercayaan oleh Pacos Trust untuk menjayakan program ini bagi menggiatkan lagi aktiviti kesukarelawan dalam kalangan belia orang asal serta membantu meringankan bebanan kepada mereka yang terjejas dalam tempoh PKP ini.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan Kepada kami Majlis Belia Orang Asal Sabah MBOAS untuk menjalankan Program ini. Tinggi harapan kami untuk bekerjasama lagi pada masa akan datang dan terima kasih kepada PACOS TRUST, NGO, PENDERMA YANG PERIHATIN, membantu kami rakayat di Tungku Lahad Datu, dan terima kasih kepada APM, KK, MPKK, BELIA ORANG ASAL TUNGKU, KOMUNITI TUNGKU dan semua yang terlibat menjayakan program ini.

#kitajagakitamenjaga.
#dudukdalamrumah.
#banya2berdoa.

Dapur Belia Kawasan Kampung Rancangan Kalabakan dan Murut Kalabakan

Majlis Belia Orang Asal Kalabakan telah menyampaikan sumbangan kepada Warga Tua, OKU dan Ibu Tunggal yang berada di Kalabakan dan Kg. Murut pada tanggal 2/5/2020. Sebanyak 70 Pax sumbangan berupa Beras, Telur dan Barangan Dapur lain telah diagihkan dengan jayanya. Sumbangan ini adalah inisiatif Projek Dapur Belia oleh Majlis Belia Sabah yang dijalankan bersempena dgn PKP.

Dapur Belia diwujudkan bagi tujuan untuk membantu golongan sasaran memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang telah berlanjutan memasuki fasa ketiga. Majlis Belia Sabah diberi kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk menjayakan program Dapur Belia ini bagi menggiatkan lagi aktiviti kesukarelawan dalam kalangan belia Sabah serta membantu meringankan bebanan mereka yang terjejas dalam tempoh PKP ini. – MBS

Terima kasih kerana memberi kepercayaan Kepada Majlis Belia Orang Asal Sabah MBOAS untuk menjalankan Projek ini. Tinggi harapan kami untuk bekerjasama lagi pada waktu akan datang.

Kempen Hentikan Perkahwinan Kanak-Kanak (Bawah umur 18 tahun)

Salah satu daripada objektif bahagian 1 di dalam aktiviti yang ditaja oleh EU, iaitu  kempen hentikan perkahwinan kanak-kanak dan penggubalan undang-undang, di organisasi PACOS berharap orang awam akan lebih peka terhadap isu ini di mana masih terdapat banyak kes yang melibatkan kanak-kanak yang berkahwin di usia yang muda di Malaysia, khususnya kepada komuniti Orang Asal di Sabah.

Flyer-1Flyer-2

Latihan Pertanian Mesra Alam

WhatsApp Image 2020-02-02 at 15.25.06 (5)Pada 29 – 31 Januari 2020 telah berlangsungnya Latihan Pertanian Mesra Alam di Lomunu Courage Farm di bawah anjuran bersama PACOS Trust dan UNDP. Antara objektif latihan ini dijalankan adalah:-

  • Peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang pertanian mesra alam
  • Peserta dapat membuat pelan perniagaan dan matlamat kumpulan sosio ekonomi masing-masing
  • Peserta berpeluang untuk menjual produk dan membina jaringan dengan orang luar

Sebanyak 7 sesi telah dijalankan sepanjang 3 hari. Anataranya ialah:-

  • Sesi 1: Pengenalan Pertanian Mesra Alam
  • Sesi 2: Mengenalpasti social enterprise yang sesuai di kampung dalam bidang pertanian mesra alam
  • Sesi 3: Membuat carta organisasi dan matlamat kumpulan
  • Sesi 4: Pertanian Pintar
  • Sesi 5: Pengenalan Business Model Canvas (BMC) dan Pelan perniagaan
  • Sesi 6: Pembuatan baja natural (EMAS, N.P.K, Penghalau Serangga)
  • Sesi 7: Membuat rancangan tindakan perniagaan di peringkat komuniti

Penutupan bagi latihan ini adalah peserta dikehendaki menandatangani komitmen perjanjian yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan staff yang telah terlibat bagi menjayakan program ini.

Latihan Kepimpinan dan Membangun Masyarakat belia orang asal

Bergambar bersama dengan Belia Orang Asli di Kuala Rompin, Pahang. En. Yusry Ahon (berdiri, kelima dari kiri), Timbalan Presiden JOAS wilayah Semenanjung Malaysia telah datang untuk memberikan perkongsian perjuangan Hak Orang Asal di Malaysia. (Sumber gambar – Ricklend/ PACOS)

Pada 8 – 9 Januari 2020, satu Latihan Kepimpinan dan Membangun Masyarakat belia Orang Asal telah diadakan di Pusat Latihan di Kuala Rompin, Pahang, dengan kerjasama PACOS Trust dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia.

Objektif utama latihan ini adalah untuk memberikan pengenalan mengenai latihan yang dijalankan serta mempelajari asas-asas proses membangun masyarakat.

Latihan Kepimpinan dan Membangun Masyarakat di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan selama 3 bulan bermula Januari hingga Mac di bawah dana AIPP (Asia Indigenous Peoples Pact). Sepanjang latihan ini, sesi teori dan praktikal akan dijalankan di mana belia-belia Orang Asal akan mempelajari kemahiran dalam pengumpulan data-data PSA (penyelidikan Sosial Awalan), menganalisa isu, mempelajari kerja-kerja membangun masyarakat secara holistik, kitaran 4P (Perancangan, Persediaan, Perlaksanaan, Penilaian) serta banyak lagi.

Mesyuarat KNF (Kivatu Nature Farm) bersama SAIP (Sabah Agro Industrial Precinct)

Mesyuarat bersama dengan Wakil SAIP dan KNF di pejabat SAIP. (Sumber gambar – Irene/KNF)

Pada 9 Januari 2020, Kivatu Nature Farm telah mengadakan mesyuarat serta perbincangan bersama SAIP (Sabah Agro Industrial Precinct) yang diwakili oleh En. Justin & En. Meurul.

Mereka telah membincangkan mengenai proses-proses pembuatan produk baru untuk KNF (minuman halia, kunyit dan lada hitam), serta membuat sampel pada minggu yang seterusnya, dan pada masa yang sama memberi maklumat serta membuat pelan perancangan kolaborasi untuk membuat 10 produk komuniti di bawah projek UNDP.