
PERTEMUAN PEMBANGUN MASYARAKAT (CO) telah berlangsung pada 01 – 05 Disember 2021 tahun lepas dengan tema “Memperkukuh hubungan dan menyemarakan semula semangat CO”. Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada CO dan guru CLC telah menyertai program ini.
Objektif program ini adalah:-
1) Memperkukuh hubungan solidariti di kalangan pembangun masyarakat baru dan lama,
2) Meningkatkan semangat dalam kerja membangun masyarakat
Sepanjang program berlangsung, terdapat pelbagai tajuk-tajuk yang menarik yang telah dikongsikan seperti:-
– Sesi 1: Check in “Pencapaian saya selama melakukan kerja CO”
– Sesi 2: Membina Kerjasama antara CO, guru CLC & Staf lapangan- Pengenalan tentang Indigenous Data Sovereignty (IDS)
– Sesi 3: Kepimpinan yang Berkesan
– Sesi 4: Peranan CO dalam kepimpinan masa
– Sesi 5: Wanita Orang Asal & Kepimpinan dalam komuniti
– Sesi 6: Kepentingan Belia dalam Kepimpinan Komuniti
– Sesi 7: Pewujudan & Pengurusan Organisasi
– Sesi 8: Pemantapan Kerja Membangun Masyarakat
– Sesi 9: Perancangan aktiviti 2022
Semoga kepada semua peserta CO menjadi lebih bersemangat dan mempunyai matlamat tersendiri untuk membangun masyarakat.
#CO2021










