Bengkel Dokumentasi Pakaian Tradisi telah berlangsung secara alam maya pada 20 Januari 2022 lepas dengan tema “Pengukuhan identiti dan pengetahuan Orang Asal melalui Pakaian Tradisi”. Seramai 33 orang peserta belia wakil dari setiap Majlis Belia Orang Asal Sabah telah mengikuti bengkel ini. Objektif bengkel ini dilakasanakan bertujuan untuk:-
- Menelusuri dan mengenal pasti reka bentuk pakaian tradisi Orang Asal Sabah untuk didokumentasikan.
- Memartabatkan pakaian tradisi suku kaum yang terdapat di Sabah dalam kalangan generasi muda.
- Mengetahui cara mengumpul kisah-kisah disebalik corak pakaian tradisi mengikut suku kaum.
- Memupuk kesedaran mengenai kepentingan pengetahuan dalam pakaian tradisi agar belia menghargai identiti mereka.
Antara pengisian yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman adalah
- Menceritakan pengalaman dalam pembuatan buku
- Cara mengumpulkan maklumat untuk pendokumentasian
- 5W 1H – Storyboard
- Cara pengambilan gambar posisi baju (butiran-butiran terperinci pakaian tradisi
Di akhir bengkel ini, 10 jenis pakaian tradisi orang asal akan dikumpulkan dan dijadikan sebuah buku yang pertama kalinya dihasilkan oleh belia. Mereka diberi tempoh selama 2 bulan bermula Februari sehingga March 2022 untuk menyiapkan maklumat yang diperlukan. Pelancaran buku pakaian tradisi akan diadakan dalam bulan Mei 2022.





