Program Bengkel Advokasi Polisi Kuota 30% Pemimpin Wanita Akar Umbi

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, YB Datuk Jahid Jahim, merasmikan ‘Bengkel Advokasi Polisi Kuota 30% Pemimpin Wanita Akar Umbi’ anjuran bersama Pacos Trust, KPLB Sabah dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di Bilik Mesyuarat Blok C, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah hari ini.

Turut hadir Setiausaha Tetap (SUT) KPLBS, Datuk Hj Faimin Kamin, Timbalan SUT 2, Maddinin Jemin, Pengerusi MPWS, Datuk Dr Hjh Tarsiah Taman, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Haslina Ismail, Timbalan Pengerusi MPWS, Hjh Baiyah Ag Mahmon, dan Pegawai Eksekutif Pacos Trust, Pn Anne Lasimbang. Program secara alam maya itu bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.50 tengahari. Antara tajuk-tajuk pengisian sepanjang sesi adalah “Perwakilan Wanita Dalam Pembuatan Keputusan: Kuota Sebagai Langkah Khas Sementara (Temporary Special Measure)” dan “Ke arah mencapai kuota 30% pemimpin wanita dalam jawatan seperti Ketua Adat, JPKK, JKDB”

Pautan Berita:

Sabah Media https://sabahmedia.com/…/kerajaan-komited-capai…/