5 – 12 Julai 2021, Latihan Pendamping atau Training of Trainers (ToT) adalah persiapan bersama untuk Pelatihan CO secara virtual di kawasan Kalimatan Utara (GKPI) dan Papua, Indonesia (GKI-TP) yang bakal dijalankan pada bulan September hingga November 2021.
ToT ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk mengendalikan program latihan CO. Dalam projek ini, mitra memainkan peranan sebagai fasilitator kerana pelatih tidak dapat berada secara fizikal di PACOS sebagai lembaga pemberi latihan. Pendamping ini akan menjadi jambatan antara pelatih dan jurulatih & Narasumber (tenaga pengajar).
Seramai 10 (3 perempuan, 7 lelaki) orang bakal pendamping yang mengikuti latihan, dan 2 orang mitra. Dua pusat latihan iaitu di Kantor GKPI, Tarakan Kaltara Kalimantan Utara dan Kantor Urfas, Waropen Papua.
Objektif latihan ini adalah:-
- Memberikan kemahiran dan pengetahuan kepada pendamping untuk I) mengurus keperluan latihan secara fizikal di Pusat Latihan dan lapangan, penulisan dokumentasi (bergambar & bertulis) dan mendalamkan pengalaman pelatih semasa di lapangan . ii) menilai perkembangan pembelajaran pelatih, membimbing, membuat analisa dan menjalankan konsultasi bersama pelatih.
- Memupuk sikap pendamping supaya berdisplin, bertanggungjawab dan bekerjasama dalam satu pasukan kerja.
- Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembelajaran teori, perbincangan dalam kumpulan, perkongsian dalam kumpulan besar dan pratek lapangan.










