Hari Graduasi 11 pelajar Orang Asal

Gambar para graduaan yang telah berjaya menamatkan pengajian

Pada 30 Januari 2021, 11 orang pelajar Orang Asal telah berjaya menamatkan pengajian program 2 tahun mereka di Guwas Koposizon College (GKC) School for Experiential and Entrepreneurship Development Sabah (SEEDS) yang telah dikendalikan oleh PACOS Trust.

Majlis graduasi tersebut telah berlangsung pada 30 Januari 2021 secara alam maya menerusi platform Zoom kerana kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang telah menghadkan perjumpaan sosial bagi membendung penularan wabak Covid-19 semakin meningkat.

Kebanyakan program latihan vokasional dan keusahawanan yang terdapat di Malaysia hanya melatih kemahiran pelajar untuk mendapatkan pekerjaan di kawasan bandar berbeza dengan program pengajian ini, ia dirancang untuk melengkapkan para graduan dengan kemahiran yang dapat mereka terapkan di kampung halaman mereka. Tujuannya adalah untuk membantu masyarakat setempat mereka maju dengan memastikan keselamatan makanan dan meneroka peluang ekonomi dalam komuniti.

Dalam kalangan 11 pelajar Orang Asal,  7 pelajar adalah Orang Asli Temiar dari Gerik, Perak dan selebihnya adalah Orang Asal Sabah. Mereka berumur antara 16 hingga ke 25 tahun. Kebanyakan mereka Orang Asli Temiar pada dua tahun yang lalu, ini adalah kali pertama mereka keluar dari kampung dan kali pertama menaiki kapal terbang.

Fokus program ini lebih kepada pembinaan kemahiran asas dalam pertanian organik dan keusahawanan teknologi makanan, kecekapan berbahasa Inggeris, kemahiran komunikasi, pembinaan watak serta menyediakan latihan di tempat kerja dan menjadi pelatih.

Advertisement