Eko-Pelancongan Komuniti, Pertubuhan Pengurusan Hutan Komuniti, Kg. Tiga Bundu, Tambunan [PPHK3]

Program Latihan siri 1  &  2 adalah Latihan Kepimpinan & Keusahawanan, Latihan Asas Akaun, Latihan Pertanian Organik, Pemprosesan Makanan dan Pembuatan Kraftangan serta Lawatan Pendedahan yang dibiayai oleh Yayasan Hasanah. Aktiviti ini telah berlangsung sebelum PKP 2.0 bermula.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk:-

  1. Meningkatkan dan mengukuhkan komuniti dalam kepimpinan untuk mengurus dan menjalankan aktiviti sosioekonomi
  2. Mengenalpasti dan menukar idea perniagaan kepada tindakan dan pemasaran
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan
  4. Meningkatkan kemahiran dan kaedah-kaedah pertanian organik, pemprosesan makanan, pembuatan kraftangan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan pengetahuan dalam pengurusan pelancongan

Salah satu aktiviti yang telah dijalankan adalah pembuatan oven/ketuhar tanah liat dengan menggunakan bahan semulajadi yang ada disekitar mereka sebagai salah satu cara mengatasi masalah tiada elektrik di kampung mereka.

Ketuhar ini boleh digunakan untuk memasak kek, bun, biskut, pizza  dan memanggang.  Dengan Earth Oven mereka tidak perlu risau kos elektrik dan gas etapi masih dapat menikmati  Kek, Bun, biskut yang mereka buat sendiri. Daripada aktiviti dan latihan  ini diharapkan komuniti dapat mempraktikkan apa yang mereka pelajari sebagai satu kemahiran dan pengetahuan tambahan untuk memperbaiki kehidupan dan sekaligus dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka. 

Penduduk berterima kasih kepada kepada pihak PACOS dan komuniti dari Kg. Salong, Kg. Balantos, Kg. Sikalabaan, Kg. Sosogoh & Kg. Silungai, Daerah Kecil Pensiangan kerana telah memilih Eko-Pelancongan Komuniti, Pertubuhan Pengurusan Hutan Komuniti, Kg. Tiga Bundu, Tambunan sebagai tempat latihan.

Advertisement