Program Kesedaran Hentikan Perkahwinan Bawah Umur 18 Tahun Bagi Pekerja Muda

24 november 2020 | selasa

Webinar mengenai Kesedaran Hentikan Perkahwinan Bawah Umur 18 Tahun bagi Pekerja Muda telah diadakan secara alam maya. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan memberi kesedaran tentang kesihatan reproduktif dan cara-cara menangani perkahwinan bawah umur 18 tahun dalam kalangan pekerja muda.

Pada masa yang sama, Kempen 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Gender turut dilancarkan sempena kempen tahunan yang diadakan di seluruh dunia. Ia bermula dari sekumpulan aktivis wanita dari Women’s Global Leadership Institute pada tahun 1991 untuk menangani pelbagai bentuk keganasan berasaskan gender. Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran, menangani masalah dasar dan undang-undang; dan juga untuk melindungi orang-orang yang terselamat dari keganasan.

Kempen ini bermula pada 25 November sehingga 10 Disember. Di Sabah, satu kajian berkaitan dengan perkahwinan bawah umur 18 tahun telah dijalankan di 5 buah daerah Sabah iaitu Pitas, Kota Marudu, Beluran, Nabawan dan Tenom yang melibatkan 62 kampung. Hasil daripada kajian mendapati bahawa seramai 155 responden wanita Orang Asal telah berkahwin sebelum berusia 18 tahun dalam tempoh 2004 – 2019. Isu ini sangat penting untuk semua cakna dan perlu diambil tahu.

Ayuh, teruskan berkempen!