Latihan Kepimpinan Wanita

Pada 08 – 11 Disember 2020, Partners of Community Organizations (PACOS) Trust telah menganjurkan Latihan Kepimpinan Wanita selama 4 hari secara alam maya, Latihan ini adalah salah satu langkah untuk memperkasakan dan memperkukuhkan kemahiran wanita dalam kepimpinan agar wanita bersedia untuk mengambil 30 peratus Jawatan Kepimpinan Utama dalam mana-mana organisasi kerajaan, swasta dan peringkat komuniti.

Objektif latihan ini dijalankan adalah untuk memastikan lebih ramai wanita tampil dan layak menjawat tugas di peringkat kampung dan seterusnya di peringkat institusi Mahkamah Anak Negeri.

Sambutan latihan tersebut sangat membrasangkan dengan kehadiran peserta alam maya sebanyak 177 peserta. Untuk makluman semua, latihan ini akan berterusan selama 2 tahun dan terdapat 4 peringkat/fasa latihan yang akan dijalankan. Peserta yang telah berdaftar secara tidak langsung akan mengikuti sesi tersebut.

Advertisement