
Pada 16 Ogos 2020, Sambutan Hari Orang Asal Sabah ke-3 dan Hari Malaysia telah diadakan secara alam maya menerusi Facebook Live Majlis Belia Orang Asal Sabah. Sambutan ini telah bermula pada 15 Ogos 2020 dengan aktiviti bertemakan “Penegasan Hala Tuju Belia Orang Asal” Asserting Indigenous Youths’ Direction.
Objektif kali ini adalah:-
- Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan belia Orang Asal Sabah mengenai demokrasi.
- Mengongsikan bagaimana Covid-19 telah memberi kesan kepada Belia Orang Asal
- Memperkenalkan argroekologi dalam pembangunan ekonomi belia orang asal sabah
Sebanyak 6 pusat yang terlibat dalm program ini antaranya adalah PACOS Trust (MBOA Penampang), Kg. Kiau Nuluh, Kota Belud (MBOA Tuaran & Kota Belud), Kg. Sg Eloi, Pitas (MBOA Kudat), Tungku Lahad Datu (MBOA Silam), Queen Hotel, Keningau (MBOA Keningau & Pensiangan), Kementerian Belia & Sukan, Telupid (MBOA Kinabatangan & Beluran), dan Kg. Kalabakan (MBOA Kalabakan) yang mengikut sesi melalui zoom adalah sebanyak 135 orang.
Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi webinar mengenai Kesedaran Pendidikan Demokasi dalam kalangan Belia Orang Asal, Perkongsian melalui rakaman video oleh belia OA mengenai kesan covid-19, Perkongsian mengenai peranan belia orang asal dalam agroekologi oleh En. Khairuddin bin Kiam, Pertandingan Videografi dan Fotografi serta persembahan kebudayaan.
