Majlis Belia Orang Asal Tungku menyampaikan sumbangan kepada Warga Emas, OKU, Ibu Tunggal, Bapa Tungal dan yang berada di area Tungku. Sebanyak 199 sumbangan berupa Beras, Telur, Biskut dan Barangan Dapur lain telah diagihkan dengan jayanya.
Sumbangan ini diaturkan oleh pihak PACOS TRUST dan NGO yang terlibat dan belia tungku yang menjalankan dan mennyampaikan kepada orang kampung bersempena dengan PKP.
Sumbangan ini di wujudkan bagi tujuan untuk membantu golongan sasaran memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang telah berlanjutan memasuki fasa keempat. Kami Majlis Belia Orang Asal Sabah diberi kepercayaan oleh Pacos Trust untuk menjayakan program ini bagi menggiatkan lagi aktiviti kesukarelawan dalam kalangan belia orang asal serta membantu meringankan bebanan kepada mereka yang terjejas dalam tempoh PKP ini.
Terima kasih kerana memberi kepercayaan Kepada kami Majlis Belia Orang Asal Sabah MBOAS untuk menjalankan Program ini. Tinggi harapan kami untuk bekerjasama lagi pada masa akan datang dan terima kasih kepada PACOS TRUST, NGO, PENDERMA YANG PERIHATIN, membantu kami rakayat di Tungku Lahad Datu, dan terima kasih kepada APM, KK, MPKK, BELIA ORANG ASAL TUNGKU, KOMUNITI TUNGKU dan semua yang terlibat menjayakan program ini.
#kitajagakitamenjaga.
#dudukdalamrumah.
#banya2berdoa.