PLATFORM GOOD GOVERNANCE 2020

Hilda (Berbaju biru) dan Jherica (Berbaju merah) bergambar bersama rakan-rakan dari MISSION 21. (Sumber gambar – Jherica/PACOS)

Hilda sedang berkongsi maklumat berkenaan Code of Conduct dan Gender Policy. (Sumber gambar – MISSION 21)

Pada 6 – 10 Januari 2020, satu bengkel yang dinamakan “Platform Good Governance” telah diadakan di Makassar, Sulawesi, Indonesia. Bengkel ini diadakan dibawah anjuran MISSION 21.

Perwakilan peserta yang datang adalah dari jaringan rakan-rakan kawasan kerjasama dari Indonesia, Malaysia dan Thailand (Chiang Mai). PACOS merupakan salah satu daripada rakan kerjasama MISSION 21, oleh itu 2 staff dari PACOS (Pn. Hilda & Cik Jhericca) telah terpilih untuk mengikuti bengkel pada kali ini.

Di dalam bengkel ini, peserta telah didedahkan dengan mekanisme-mekanisme (Good Governance) pengurusan pentadbiran yang baik, bagaimana institusi awam menjalankan hal-hal ehwal awam, pengurusan sumber awam secara sistematik dan cekap serta proses membuat keputusan dan perlaksanaan.

Diharapkan dengan kehadiran daripada perwakilan organisasi PACOS di dalam bengkel ini, kita dapat meluaskan lagi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk dikongsi bersama staff PACOS dan komuniti Orang Asal di Sabah khususnya.