Latihan Kepimpinan dan Membangun Masyarakat belia orang asal

Bergambar bersama dengan Belia Orang Asli di Kuala Rompin, Pahang. En. Yusry Ahon (berdiri, kelima dari kiri), Timbalan Presiden JOAS wilayah Semenanjung Malaysia telah datang untuk memberikan perkongsian perjuangan Hak Orang Asal di Malaysia. (Sumber gambar – Ricklend/ PACOS)

Pada 8 – 9 Januari 2020, satu Latihan Kepimpinan dan Membangun Masyarakat belia Orang Asal telah diadakan di Pusat Latihan di Kuala Rompin, Pahang, dengan kerjasama PACOS Trust dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia.

Objektif utama latihan ini adalah untuk memberikan pengenalan mengenai latihan yang dijalankan serta mempelajari asas-asas proses membangun masyarakat.

Latihan Kepimpinan dan Membangun Masyarakat di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan selama 3 bulan bermula Januari hingga Mac di bawah dana AIPP (Asia Indigenous Peoples Pact). Sepanjang latihan ini, sesi teori dan praktikal akan dijalankan di mana belia-belia Orang Asal akan mempelajari kemahiran dalam pengumpulan data-data PSA (penyelidikan Sosial Awalan), menganalisa isu, mempelajari kerja-kerja membangun masyarakat secara holistik, kitaran 4P (Perancangan, Persediaan, Perlaksanaan, Penilaian) serta banyak lagi.