
Bergambar bersama pelajar UMS yang datang berkunjung di pameran kecil Hari Hak Asasi Manusia di Tapak Tamu Donggongon, Penampang.
Pada tahun ini, Organisasi PACOS Trust telah menganjurkan satu pameran kecil sempena Hari Hak Asasi Manusia pada 7 Disember 2019, bertempat di Tapak Tamu Donggongon, Penampang.
Pada hari tersebut, PACOS telah mengadakan Pameran mengenai dengan UNDRIP, pengedaran risalah, kuiz, pertandingan mewarna kanak-kanak dan kajian sosial kepada orang awam tentang sejauh manakah kefahaman mereka mengenai dengan Hak Asasi Manusia.