Hari Belia Orang Asal Sabah 2019

 

70339172_2135847893381735_6098050534579634176_o (1)

Barisan AJK Hari Belia Orang Asal Sabah 2019

Tanggal 16 September setiap tahun adalah juga merupakan hari belia orang asal sabah. Tatkala golongan belia dikatakan penentu masa depan negara, Hari Belia Orang Asal Sabah masih tenggelam dan belum dikenali oleh masyarakat sabah. Ini kerana tahun ini adalah tahun ke-2 HBOAS diadakan di Sabah. 13 – 16 September 2019 telah berlangsungnya Hari Belia Orang Asal Sabah 2019 (HBOAS) di Kampung Rantai Apin-Apin, Keningau Sabah yang menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Untuk makluman, Majlis Belia Orang Asal adalah sebuah Majlis yang masih dalam proses pendaftaran untuk berdaftar dengan Registerer of Youth (ROY). Walau apa pun keadaan sambutannya, golongan belia orang asal sabah akan sentiasa teruja dengan meraikannya kerana inilah satu-satunya peluang untuk menunjukkan betapa pentingnya belia OA dalam kempinan akan datang dan masa depan suku kaum masing-masing. Walaupun masih belum diiktiraf dan perjuangan mereka untuk mendapatkan hak masing-masing tidak mematahkan semangat mereka untuk membuat kerja-kerja sukarela dan berpersatuan dan berkhidmat dengan komuniti masing-masing.

Sering diungkapkan bahawa belia adalah penentu masa depan negara lebih-lebih kepada komuniti dan suku kaum. Pentingnya belia bukan sahaja terletak kepada tenaga untuk menggerakkan komuniti, tetapi belia juga adalah penyambung antara satu generasi kepada satu generasi. Sabah adalah sebuah negeri yang berbilang kaum, dan menjadi contoh kepada Malaysia dalam mempelopori toleransi dan perpaduan kaum dinegara ini. HBOAS yang dianjurkan baru-baru ini menjadi bukti apabila seramai 120 peserta daripada seluruh negeri Sabah. Sebanyak 25 suku kaum telah mengikuti dan purata umur adalah 20 tahun.

Belia juga adalah golongan yang paling aktif dalam negara dan bilangan belia dalam negara adalah lebih daripada separuh rakyat Malaysia. Walaupun Belia Orang asal adalah golongan miniroti tetapi peranan mereka dalam menggerakkan komuniti agak besar. Tetapi kebelakangan ini menjadi tren kepada belia orang asal untuk berhijrah keluar kampung dan bekerja di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan di Johor Bharu serta bandar besar di negeri lain. Walaupun masih belum ada statistik yang tepat untuk mengambarkan jumlah Belia Orang Asal yang berhijrah tetapi telah menampakkan kesan yang membimbangkan.

Semasa musim buah, disebuah kampung di Tenom penduduk kampung memerlukan belia untuk mengangkut dan memetik buah di dusun. Namun kerana kekurangan tenaga belia, penduduk kampung terpaksa mengupah orang luar untuk kerja-kerja tersebut. Sepatutnya belia boleh memperoleh pendapatan daripada dusun tersebut dan sekaligus mengeratkan hubungan sesama penduduk. Belia adalah merupakan asas atau tulang belakang sesuatu masyarakat. Oleh itu, usaha untuk menumpukan keupayaan dan kecekapan mereka hendaklah ditingkatkan. Ini memerlukan satu pendekatan yang terbaru memandangkan cabaran masa hadapan yang akan ditempuhi oleh belia pada masa depan lebih canggih.

Statistik kadar pengangguran belia mengikut negara, Malaysia 10.9% adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan India (10.5%) , Jauh mendahului singapura, Thailand dan Vietnam. Keadaan ini amat membimbangkan juga kerana akan mempengaruhi ekonomi negara. Kuasa membeli dalam kalangan belia amat rendah terutama sekali untuk pemilikan kali pertama rumah dan kereta. Sekaligus tidak merancakkan ekonomi negara.

Salah satu langkah terbaik adalah menyediakan peluang pekerjaan kepada belia di peringkat kawasan dan negeri untuk mengelakkan penghijrahan belia daripada luar bandar ke bandar. Selain itu, program-program kerajaan untuk menyediakan peluang-peluang kemahiran dan ilmu pengetahun belia kearah mengharungi kesulitan masa depan perlulah dirancakkan. Kearah memajukan negara, Program-program ini hendaklah mempunyai kesinambungan yang kukuh selaras dengan matlamat pembangunan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam Era Revolusi 4.0 ini.

Kemajuan pesat yang berlaku dalam berbagai-bagai bidang seperti industri pembuatan, penyelidikan dan pembangunan, pendidikan moden, komputer, komunikasi, pengangkutan, seni bina dan sains dan teknologi, tidaklah boleh dipandang sepi oleh para belia. Ilmu-ilmu dalam pelbagai bidang ini harus dicari dan dipelajari oleh belia- belia negara. Negara kita yang menghadapi berbagai-bagai cabaran memerlukan kaum belia yang penuh disiplin kerana dengan belia yang berdisiplinlah akan lahir masyarakat dan bangsa yang berdisiplin.

Belia Orang Asal adalah benteng terakhir kepada warisan adat budaya orang asal diseluruh dunia. Oleh itu marilah kita sama-sama meningkatkan kesedaran kepada perkara ini.

71185835_2135860293380495_5427052368065724416_o

Gambar selebihnya boleh rujuk dalam page Majlis Belia Orang Asal Sabah