Menteri sokong Hari Belia Orang Asal Sabah ke-2

Selasa, 27 Ogos 2019 – Beberapa perwakilan Rombongan MBOAS (Belia Orang Asal) dan beberapa staf PACOS telah mengadakan kunjungan Hormat ke Pejabat Menteri Belia dan Sukan Sabah untuk berjumpa dengan YB Ginger Phong Jie Zie. Tujuan Kunjungan tersebut adalah untuk memaklumkan beliau mengenai Program Hari Belia Orang Asal Sabah pada 16 September 2019 yang akan berlansung di Keningau.

Program ini adalah kesinambungan Hari Belia yang telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah pada tahun 2018. YB Ginger Phong telah bersetuju untuk hadir pada Hari Belia Orang Asal dan menyokong aktiviti itu diadakan. Sumbangan juga akan disalurkan bagi melancarkan program tersebut.

Selain itu, Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan YB Menteri supaya mendaftarkan MBOA di peringkat ROY (Register of Youth). Sokongan Menteri sangat diperlukan dalam penubuhan ini bagi menyokong Dasar Kerajaan diperingkat belia Orang Asal khususnya dikawasan pedalaman Sabah.

Sokongan YB Menteri kami lihat sangat positif dalam menjayakan Program Hari Belia Orang Asal Sabah ke-2 pada Tahun ini. Terima Kasih diucapkan kepada Pejabat Menteri kerana sudi menerima kehadiran Rombongan Majlis Belia Orang Asal Sabah di pejabat beliau.

Laporan dan gambar disediakan oleh : Majlis Belia Orang Asal Sabah & PACOS Trust