Lawatan Pelapor Khas PBB ke Alab Lanas, Sook, Keningau

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan Kemiskinan Melampau & Hak Asasi Manusia, Professor Philip Alston (Dari Australia) bersama rombongannya telah membuat lawatan rasminya ke Kawasan Sook, Sabah, di Kg. Alab Lanas pada 17 Ogos 2019 yang lalu.

Beliau dan rombongan telah membuat tinjauan lapangan dan berdialog bersama komuniti berkenaan dengan keadaan sosial, ekonomi dan persekitaran kawasan  wilayah adat komuniti ini. Diharapkan lawatan beliau ini dapat memberikan aspirasi, laporan penuh serta tepat kepada pihak PBB mengenai gambaran sebenar kehidupan Orang Asal di kawasan ini khususnya di Sabah. Gambar disediakan oleh : Galus Ahtoi

Untuk mendengar berita temuramah di siaran television astroawani /considerthis, tekan disini.

Liputan media dari StarTV