13 – 16 Ogos 2019 : 9 Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di bawah jaringan PACOS Trust dan Tadika Sinaran Ria Suausindak Penampang telah menghadiri bengkel Otografi yang dikendalikan oleh Dr. Mark Miller dari SIL (Summer Institute of Linguistics) dan KLF (KadazanDusun Language Foundation).
9 CLC yang hadir adalah dari :
- Kg. Terian, Kg. Kipouvo & Kg. Kibunut – Penampang
- Kg. Saguon & Kg. Tampasak – Tongod
- Kg. Kalampun – Keningau
- Kg. Lirung – Pensiangan
- Kg. Rumantai & Kg. Kopuron – Telupid
Objektif utama bengkel pada kali ini adalah untuk membantu guru-guru untuk menyemak sistem penulisan dan ejaan yang betul mengikut bahasa ibunda masing-masing. Salah satu hasil daripada bengkel ini adalah guru-guru dapat menghasilkan draf kamus mini dalam bahasa ibunda mereka dan pada masa akan datang, kamus mini ini dapat digunakan sebagai salah satu dokumentasi bahasa ibunda yang penting serta boleh digunakan untuk alat pembelajaran kanak-kanak di sekolah/tadika mereka. –
Laporan Ringkas disediakan oleh : Norizah Stephen | Gambar : Rufina, Regia, Junia