Syukur & Tahniah!

61878929_10157112705498954_5033372126661312512_n.jpg

Komuniti dari Kg. Angkawangan Sook dan Galus bergambar bersama peguam berdedikasi Datuk Kong Hong Ming di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

3 Jun 2019 – Keputusan BERSEJARAH ke atas Hak Orang Asal khususnya Hak atas Tanah Adat (NCR) melalui KEPUTUSAN bijaksana Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, YA Ismail Brahim..

Pagi tadi, HAKIM telah bersetuju dan membuat keputusan MENOLAK RAYUAN Perayu menuntut Tanah Adat (NCR) di Kg. Angkawangan, Sook dimana permohonan tanah telah diluluskan kepada Responden Rauni Bin Gambar.

Hakim dengan bijaksana telah membuat dua keputusan penting iaitu;

1. Tanah TIDAK boleh dituntut sebagai Tanah Adat (NCR) melalui usaha secara KONTRAK (cth – Kompeni usaha kemudian orang lain tuntut Tanah Adat atas tanah tersebut)

2. Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur TIDAK boleh membuat keputusan KEDUA jika keputusan PERTAMA masih sah ke atas Tanah Kerajaan.

Keputusan ini amat BERSEJARAH!..

Terima kasih dan tahniah kepada keluarga Saudara Rauni Gambar @ Kg. Angkawangan.

Jutaan terima kasih kepada Peguam Datuk Kong Hong Ming yang terus membantu MEMERTABATKAN Hak Orang Asal tanpa jemu..

Satu usaha murni melalui Pertubuhan Penggerak Komuniti Sabah (PPKS) yang dipimpin oleh Peguam Datuk Kong Hong Ming selaku Presiden PPKS dan dengan kerjasama PACOS..

Kepada Hakim yang telah membuat keputusan dengan bijaksana, terima kasih yang tak terhingga.. Tanpa keputusan yang bijaksana, NYAWA Hak Tanah Adat (NCR) Orang Asal dalam keadaan BAHAYA.. – Laporan ringkas disediakan oleh Galus Ahtoi

 

Advertisement