Regional Workshop on Community Based Monitoring and Information System

WhatsApp Image 2019-07-08 at 17.27.26

Nasiri Sabiah (Kiri), Marusin Peliton (Tengah) & Anne Lasimbang (Kanan) bergambar bersama di bengkel yang telah diadakan di Chiang Mai, Thailand.

Program Regional Workshop on Community Based Monitoring and Information System telah berlangsung di Chiang Mai, Thailand pada 6 – 9 June 2019. Wakil dari Malaysia iaitu Pn. Anne Lasimbang dan Nasiri Saibah (PACOS Trust) bersama Marusin Peliton wakil komuniti Kampung Alutok. Selain mereka, terdapat juga peserta dari Filipina, Thailand, Taiwan, Myanmar, Vietnam dan India.

Dalam program ini, PACOS Trust telah berkongsi pengalaman bersama komuniti dalam penulisan Protokol Komuniti. Peserta juga telah belajar mengenai alat-alat CBMIS (Community-Based Monitoring & Information Systems) yang merupakan suatu kaedah dan teknologi yang digunakan oleh komuniti Orang Asal pada masa kini.

 

Advertisement