Kursus Penghasilan Baja Kompos

60172579_2056321348001057_3641657539977805824_n

Bergambar bersama belia dan penduduk kampung selepas kursus.

11 May 2019 – Bertempat di Kampung Parad Tuaran Sebuah program Kursus Penghasilan Baja Kompos telah diadakan dan seramai 50 peserta termasuk belia dan penduduk kampung telah menyertai aktiviti tersebut.

Program yg bermula jam 8 sehingga 5 petang itu telah menarik minat penduduk terhadap Vermic Composs atau Penghasilan baja melalui penggunaan cacing. selain itu, terdapat juga sesi belajar mengenai teknik Tut pokok bagi menghasilkan pokok yg berkualiti untuk di tanam di kebun.

Pada sesi petang mereka melakukan sendiri aktiviti amali berkenaan perkara yg dipelajari pada sesi pagi. antaranya adalah teknik penghasilan baja kompos cair atau orang panggil Composs Tea (Vormic Tea). Praktikal dilakukan sehingga peserta benar-benar mahir dan faham terhadap teknik itu.

Program berkenaan adalah anjuran sepenuhnya oleh Majlis Belia Orang Asal Tuaran dan disokong oleh PACOS Trust dengan dana daripada United Nations Democracy Fund (UNDEF). Geran tersebut adalah untuk pembangunan komuniti oleh belia orang asal dan sebanyak sepuluh geran telah diberikan kepada MBOAS. Tahniah kepada Pengarah Program Encik Elvies Qzel kerana program telah berlansung dengan jayanya.

Terima Kasih diucapkan kepada Encik Benny selaku penceramah dan Jurulatih dan ditemani isteri. Beliau telah memberi kerjasama dan komitmen yg baik dengan MBOAS sejak pelancaran pada september 2019 sehingga hari ini. Pada Mac lepas beliau juga turut memberi latihan yang sama kepada Majlis Belia Orang Asal Beluran.

Selaku wakil Pacos dan Penyelaran UNDEF saudara Addy Samsudin beliau turut hadir bagi memberi sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan. Pihak Pacos mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah menganjurkan program yang bermanfaat kepada komuniti. Semoga belia orang asal terus semangat untuk bertani dan mengembangkan kampung sehingga menjadi komuniti yang aktif dan produktif.

 

Advertisement