Latihan Paralegal Tapah, Perak

WhatsApp Image 2019-05-08 at 5.37.23 PM

Gambar kenangan penganjur dan peserta program.

Pada 7 hingga 9 mei 2019 bertempat di Ladang Care, Cenderiang Tapah, Perak telah dianjurkan sebuah program Latihan parelegal oleh Malaysian Care dan Koperasi Sengoi pribumi Perak. Disokong sepenuhnya oleh UNDEF (United Nation Democracy Fund). Selain itu, Kehadiran Jurulatih berpengalaman daripada PACOS Trust dan SUHAKAM turut membantu dalam berkongsi pengalaman dan ilmu kepada AJK yang hadir.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran paralegal dalam kalangan AJK Bertindak Perlindungan Tanah Adat, dan memperkuat tindakan bersama dalam perlindungan tanah adat orang asli.

Seramai 30 orang perwakilan daripada kumpulan bertindak tempatan telah mengikuti program tersebut yang berlansung selama 3 hari itu. Mereka memberi maklum balas yang positif mengenai aktiviti yang mereka lakukan dan sangat menghargai kehadiran Tuan Galus Ahtoi yang mempunyai pengalaman yang luas mengenai kes-kes berkaitan dengan tanah adat di Malaysia, khususnya di Sabah.

Sepanjang 3 hari latihan tersebut, En. Galus telah mengendalikan 2 hari program manakala selebihnya oleh SUHAKAM. Secara keseluruhannya, mereka dapat mempelajari mengenai hak asasi manusia, konteks undang-undang tempatan, cabaran antarabangsa, inkuiri kebangsaan dan peranan serta fungsi SUHAKAM.

Kesimpulan daripada program tersebut, adalah diharapkan supaya komuniti Orang Asli berkemampuan serta berkapasiti untuk meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya undang-undang tempatan dan hak asasi. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan strategi dan tindak balas yang boleh disusun dalam kalangan Orang Asli bagi melindungi hak komuniti. Tinggi harapan penganjur agar komuniti mampu menjadi lebih efektif dalam beradvokasi mengenai hak mereka.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s