Latihan Paralegal Tapah, Perak 2019

Pada 7 hingga 9 mei 2019 bertempat di Ladang Care, Cenderiang tapah Perak telah dianjurkan sebuah program Latihan parelegal oleh Malaysian Care dan Kpoerasi Sengoi pribumi Perak. Disokong sepenuhnya oleh UNDEF (United Nation Democracy Fund). Selain itu, Kehadiran Jurulatih berpengalaman daripada PACOS Trust dan SUHAKAM turut membantu dalam berkongsi pengalaman dan ilmu kepada AJK yang hadir.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran paralegal dalam kalangan AJK Bertindak Perlindungan Tanah Adat, dan memperkuat tindakan bersama dalam perlindungan tanah adat orang asli.

Seramai 30 orang perwakilan daripada kumpulan bertindak tempatan telah mengikuti program tersebut yang berlansung selama 3 hari itu. Mereka memberi maklum balas yang positif mengenai aktiviti yang mereka lakukan dan sangat menghargai kehadiran Tuan Galus Ahtoi yang mempunyai pengalaman yang luas mengenai kes-kes berkaitan dengan tanah adat di Malaysia, khususnya di Sabah.

Sepanjang tiga hari katihan tersebut, Tuan Galus mengendalikan 2 hari program manakala selebihnya oleh Suhakam. Secara keseluruhannya, mereka dapat belajar mengenai hak asasi manusia, konteks undang-undang tempatan, cabaran antabangsa, inkuiri kebangsaan dan peranan dan fungsi SUHAKAM.

Kesimpulan daripada program tersebut adalah diharapkan supaya komuniti Orang Asli kemampuan dan kapasiti untuk meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya undang-undang tempatan dan hak asasi. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan strategi dan tindak balas yang boleh disusun dalam kalangan Orang Asli bagi melindungi hak komuniti. Tinggi harapan penganjur agak komuniti mampu menjadi lebih efektif dalam advokasi mengenai hak mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s