
Wakil-wakil komuniti yang terlibat dengan projek CF di 5 buah kampung yang berlainan daerah bergambar kenangan bersama tetamu-tetamu jemputan khas.
Pada 10 & 11 April 2018, Bengkel Kemahiran Advokasi telah diadakan di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Penampang, khususnya kepada 5 buah kampung di 5 daerah yang terlibat dengan projek Commonwealth Foundation iaitu Kg. Terian, Penampang, Kg. Kiau, Kota Belud, Kg. Sungai Eloi, Pitas, Kg. Mangkawagu, Tongod & Kg. Alutok, Ulu Tomani, Tenom. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah berkongsi adat tradisi dan amalan baik komuniti dalam urus tadbir & pengurusan sumber kepada peguam & hakim serta masyarakat awam, selain itu juga meningkatkan kesedaran & kefahaman terhadap kepentingan kepimpinan & urus tadbir dalam pembangunan Orang Asal serta meningkatkan kemahiran komuniti dalam menyampaikan pandangan serta berunding untuk mencapai kesefahaman dan penyelesaian konflik.
Bengkel dimulai dengan penerangan program dari Penyelaras projek CF En. Gordon John & ucapan pembukaan oleh Pengarah PACOS Trust, Pn. Anne Lasimbang. 3 sesi telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Sesi pertama iaitu ‘Tamu Advokasi’ merupakan aktiviti yang lebih berinteraktif oleh kerana tidak aktiviti ini tidak memerlukan powerpoint, dan lebih kepada berkongsi maklumat dan pendapat bersama tenaga-tenaga pengajar yang dijemput secara bersemuka/berkumpulan. Pada sesi pertama iaitu ‘kumpulan seni’ terbahagi kepada 5 tajuk – Cerita dan ungkapan artistik, Fotografi/poster/bahan bercetak, perfileman, media sosial, media asur perdana tempatan/antarabangsa.
Sambungan sesi pertama telah dijalankan selepas sahaja minum pagi. ‘Kumpulan legal’ di kategorikan kepada 5 tajuk – Kempen petisyen, Forum/debat awam, rundingan dan pengantaraan, & litigasi. Kedatangan tetamu jemputan Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun (Mantan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak, Chairman of Natives Laws, Material & Cases Commitee) dan Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum (Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak) & rombongan serta kehadiran dari beberapa agensi kerajaan lebih menyemarakkan lagi semangat komuniti yang hadir di bengkel ini.
Sesi 3 – Kepimpinan & urus tadbir tradisi telah dijalankan dan pembukaan sesi ini telah didahului oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum sebagai tetamu jemputan dengan tajuk perkongsian “Kepentingan Kepimpinan & urus tadbir dalam pembangunan Orang Asal”. Wakil dari Kg. Kiau Encik Justin Dalansun telah berkongsi mengenai Pengwujudan kembali majlis-majlis orang-orang tua. Pn. Anne Lasimbang telah berkongsi mengenai program membangun masyarakat dan pertubuhan rakyat.
Wakil kampung di 5 kawasan daerah di bawah projek CF turut berkongsi amalan-amalan penjagaan sumber berasaskan komuniti :
Komuniti Kiau – Amalan mamason & boros puru
Komuniti Terian – Pengurusan tadahan air berasaskan komuniti
Komuniti Alutok – Pengurusan hutan ‘Tavol’
Komuniti Mangkawagu – Amalan pengambilan madu lebah
Komuniti Sungai Eloi – Pengurusan Bakau komuniti
Sesi terakhir pada program bengkel pertama ini adalah penyerahan protokol yang telah dihasilkan oleh 5 buah kampung dan ditandatangani oleh 2 tetamu jemputan khas serta sesi bergambar telah dilaksanakan dengan jayanya.
Sambungan program ini akan diadakan lagi pada 11 April 2018.
Gambar selebihnya sila layari album fb page PACOS Trust: https://www.facebook.com/pg/pacostrust/photos/?tab=album&album_id=1470167609762055