
Bengkel Kemahiran Advokasi 2018 berakhir dengan sesi bergambar bersama wakil-wakil komuniti di bawah projek CF, PACOS Trust.
Hari kedua (11 April 2018) bengkel kemahiran advokasi dimulakan dengan imbasan aktiviti yang telah dijalankan pada hari kelmarinnya (10 April 2018)
Sesi 5 yang bertajuk ‘Alternatif penyelesaian pertikaian’ dikendalikan oleh Pn. Shireen Leandra Sikayun (PUSAKA) sebagai tenaga pengajar untuk sesi ini, dari pengenalan, prosedur dan seterusnya perbincangan dalam kumpulan.
Sesi 6 iaitu ‘mari berunding’ merupakan sesi berkumpulan di mana peserta-peserta akan membuat ‘role play’. Mereka diberikan 1 situasi dan memegang serta menyelami watak-watak tertentu untuk mencapai perundingan di dalam proses mediasi.
Aktiviti selepas makan tengah hari adalah perancangan di setiap kumpulan berdasarkan isu yang berlaku di kawasan perkampungan masing-masing seterusnya membentangkan hasil perbincangan mereka.
Bengkel pada kali ini diakhiri dengan ucapan penutupan oleh pengarah eksekutif PACOS Trust Pn. Anne Lasimbang dan sesi bergambar.
Tahniah dan syabas kepada wakil-wakil komuniti yang hadir pada bengkel kemahiran advokasi 2018.
Anda boleh melihat koleksi gambar lain aktiviti ini di fb page PACOS Trust: https://www.facebook.com/pg/pacostrust/photos/?tab=album&album_id=1471152752996874