PROGRAM “ETNOSENI DALAM PENGHASILAN BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) BERASASKAN BAHASA IBUNDA – PENDIDIKAN MULTILINGUAL (MTB-MLE)

Pada 19 – 24 Jun 2017, suatu program penggalakkan penggunaan Bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak telah dilaksanakan di Kionsom Baptist Retreat Centre, Inanam. Seramai 34 peserta daripada pelbagai suku kaum telah terlibat dalam program ini. Program ini mendedahan para guru untuk membantu memupuk semangat jati diri dan cinta akan Bahasa ibunda serta kebudayaan suku kaum masing-masing dalam diri kanak-kanak agar warisan yang diturunkan oleh nenek moyang tidak akan lenyap. Para guru mendapat peluang untuk belajar daripada tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Mary Beth Saurman dan Dr. Todd Saurman. Tambahan pula, para guru dibekalkan dengan ilmu dan teori-teori serta ilmu etnoseni dalam P&P. Pada akhir bengkel ini, para guru telah menghasilkan bahan-bahan bantu mengajar mengikut kesenian dan kebudayaan kaum mereka dengan mengaplikasikan kesemua yang telah dipelajari dalam bengkel tersebut. – Sumber gambar : Program Pendidikan

Antara produk alat bantu mengajar yang dihasilkan oleh para guru CLC.

Sesi belajar dikendalikan oleh Summer Institute Linguistic (SIL).

Gambar berkumpulan para peserta bersama Dr. Todd Saurman, Mary Beth Saurman & Rita Lasimbang (KLF).