Pada 17 Mac 2017, Tony Meloto, Pengasas Gerakan Pengurangan Kemiskinan di Filipina iaitu GAWAD KALINGA, telah membuat lawatan sehari di pejabat PACOS. Lawatan beliau adalah untuk mendapatkan informasi dan memahami serba sedikit berkenaan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh organisasi ini untuk meningkatkan kehidupan masyarakat Orang Asal di sekitar Sabah. Lawatannya juga adalah untuk membincangkan potensi mewujudkan hubungan antara GAWAD KALINGA dan PACOS dan memulakan inisiatif di mana gerakan itu dapat menyokong. Turut hadir dalam perbincangan itu beberapa NGO yang berpusat di Malaysia dan diperkenalkan kepada beliau iaitu Good Shepherd, Malaysia Care dan Etania Schools. Inisiatif masa depan hasil daripada perbincangan itu adalah ‘Program Pembangunan Belia’ yang akan bermula pada Januari 2018 tahun depan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan belia dan menjadi perusahaan dalam meningkatkan taraf hidup para belia. – Sumber gambar : Admin PACOS

Tony & rombongan beliau bersana dengan staf PACOS, guru-guru tadika & murid-murid di Tadika Sinaran Ria Suausindak