Pada 19 – 22 Jun 2017, satu program lawatan, pendedahan dan perkongsian telah diadakan di Kg. Mengkawagu, Tongod di bawah Projek CF (Commonwealth Foundation), PACOS Trust. Peserta-peserta yang mengikuti program ini adalah merupakan peserta daripada 5 zon yang dipilih untuk projek ini iaitu Kg. Sungai Eloi, Pitas, Kg. Kiau, Kota Belud, Kg. Terian Penampang, Kg. Alutok, Tenom dan Kg. Mengkawagu, Tongod. Turut bersama di dalam program ini adalah wakil organisasi NTFP (Non-Timber Forest Product), Cik Taro dan UNDP (United Nation Development Program), En. Shin.
Program ini merupakan lawatan silang dan perkongsian pengalaman inisiatif serta amalan baik dalam konservasi kawasan komuniti Orang Asal, di samping itu juga mengemaskini protokol komuniti di Kg. Mengkawagu serta memberi konsultasi dan bantuan teknikal untuk penyediaan kerja-kerja kepada SGP (Projek ICCA) – Sumber gambar : Program Pengurusan Sumber

Gambar berkumpulan peserta dari 5 zon di kawasan wilayah adat Kg. Mengkawagu.