anugerah hadiah mcq program pace di sydney, australia

Maquarie mengiktiraf pelajar terbaik PACE (Penglibatan Profesional dan Komuniti) Terbaik di Hadiah Tahunan PACE Judyth Sachs yang telah diadakan pada 7 Jun. Gordon John selaku wakil PACOS Trust, salah satu organisasi yang bekerjasama dalam program PACE ini, telah dijemput sebagai ahli panel di dalam majlis penganugerahan ini. Pada petang majlis anugerah ini, Jan Owen, Ketua Pegawai Eksekutif Foundation of Young Australians telah memberikan ceramah mengenai masa depan anak muda serta perbincangan panel para pelajar. Pada tahun 2016, hampir 2000 pelajar melakukan aktiviti PACE dengan kira-kira 1200 organisasi yang menjadi tuan rumah dari pelbagai sektor ekonomi, salah satunya adalah PACOS Trust. Pemenang hadiah PACE telah cemerlang dalam pengalaman mereka dan menerima anugerah kewangan hasil kerja dan notasi pada transkrip akademik mereka.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua penerima hadiah anugerah PACE Judyth Sachs tahun ini,” kata Profesor Sherman Young, Pro-Naib Canselor (Pembelajaran & Pengajaran). “Pengalaman ini menunjukkan beberapa kisah hebat yang kita lihat setiap tahun dari pelajar yang terlibat dalam pembelajaran dan impak berada di dunia yang sebenar.

Pada bulan September tahun lalu, seramai 3 orang pelajar dari Macquarie University di Australia (Kerstin Siegmund, Lyle Tamlyn dan Nathan Winter) telah membuat internship di PACOS Trust di mana mereka telah mendokumentasi pengurusan sumber komuniti di Kg. Kiau Kota Belud, iaitu “tagal hutan” bersama staf dari PACOS dengan kerjasama komuniti Orang Asal di kawasan ini. – Sumber artikel & Gambar : Macquarie University, Sydney, Australia

Gordon John (kanan) selaku ahli panel dan wakil dari PACOS duduk bersama dengan pemenang anugerah hadiah MCQ PACE Program, Kerstin Siegmund, (Kedua dari kanan) sedang memberikan perkongsian pengalamannya bersama Lyle Tamlyn dan Nathan Winter semasa berada di Sabah melalui kerja-kerja tugasannya di PACOS Trust.

Gambar berkumpulan penerima-penerima anugerah PACE Judyth Sachs.